Tentang Kami
Mewujudkan kesempatan saksama dan penyertaan sepenuh OKU Penglihatan dalam segala aspek masyarakat.
Matlamat
1. Matlamat Pertubuhan ialah mewujudkan kesempatan saksama dan penyertaan sepenuh OKU Penglihatan dalam segala aspek masyarakat.
Tujuan
2. Tujuan Pertubuhan ialah menyediakan sumber dan perkhidmatan bagi pembangunan sosio-ekonomi OKU Penglihatan di Malaysia khususnya:
- Meningkatkan dan membantu dalam pendidikan dan pemulihan OKU Penglihatan dengan menyediakan kursus latihan dan khidmat sokongan.
- Meluaskan peluang pekerjaan dan menggalakkan keusahawanan di kalangan OKU Penglihatan melalui bimbingan kerjaya dan penempatan pekerjaan.
- Mengadakan forum untuk pertukaran pandangan di kalangan OKU Penglihatan serta menyuarakan pandangan mereka kepada badan-badan yang berkenaan dengan maksud mewujudkan dasar dan undang-undang yang mendorong kemajuan OKU Penglihatan.
- Memupuk kesedaran tanggungjawab diri dan sikap positif dikalangan OKU Penglihatan melalui program motivasi.
- Membekalkan kemudahan, alat bantuan atau barangan khas untuk OKU Penglihatan termasuk penyediaan perkhidmatan dan maklumat untuk memperoleh dan menggunakan sumber tersebut.
- Menyediakan bahan bacaan dalam braille, audio, tulisan besar, digital atau bentuk lain yang boleh diakses oleh OKU Penglihatan.
- Menjalankan penyelidikan atas perkara-perkara bersangkutan dengan OKU Penglihatan atau memberi kesan kepada mereka serta menyebarkan maklumat dari hal cacat penglihatan.
- Memupuk tanggapan betul dan imej yang positif tentang orang buta di kalangan masyarakat umum melaui kempen kesedaran awam.
- Menggalakkan integrasi sosial serta membantu OKU Penglihatan mengatasi diskriminasi di bidang pendidikan, pekerjaan atau akses.
- Mempromosikan persekitaran bebas halangan atas dasar akses sama rata dengan cara kempen dan khidmat nasihat.
- Menerima pemberian, wasiat atau warisan dalam apa jua bentuk untuk tujuan-tujuan Pertubuhan dan menambahkan tabung kewangan dengan cara yang tidak bercanggah dengan undang-undang.
Rasional Logo
1. Lambang Pertubuhan terdiri dari sebuah bahtera berwarna perang dengan lakaran tongkat putih di sisinya sedang berlayar di laut yang berwarna biru berserta latar belakang langitnya berwarna biru muda.
2. Bahtera melambangkan usaha berpandukan iman untuk mengatasi halangan dan rintangan yang dihadapi oleh OKU Penglihatan. Laut menggambarkan cabaran dan kesempatan dalam hidup. Manakala, tongkat putih menandakan Pertubuhan ini diterajui oleh OKU Penglihatan untuk membantu OKU Penglihatan menuju ke arah kecemerlangan.