Perkhidmatan Kami
PENERBITAN BUKU BRAILLE
Pusat penerbitan braille ini telah ditubuhkan pada tahun 2013 di atas sebab yang sangat mendesak iaitu ketiadaan bahan bacaan (bukan buku teks sekolah) untuk OKU Penglihatan bagi semua lapisan, baik dari kanak-kanak seawal 5 tahun sehingga untuk orang…
BENGKEL DAN LATIHAN
Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PPOBM) mengambil pendekatan ‘penambah-baikkan berterusan’ ataupun ‘continous improvement’ bagi memastikan posisi komuniti OKU Penglihatan adalah selari dengan kemajuan pengetahuan, sosial, ekonomi…
SUKAN DAN KEBAJIKAN
Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PPOBM) amat prihatin dengan kemajuan sukan untuk OKU Penglihatan di Malaysia. PPOBM pernah menyertai kejohanan GOALBALL peringkat Kebangsaan dengan menghantar satu pasukan lelaki dan satu…
PENERBITAN BUKU BRAILLE
Pusat penerbitan braille ini telah ditubuhkan pada tahun 2013 di atas sebab yang sangat mendesak iaitu ketiadaan bahan bacaan (bukan buku teks sekolah) untuk OKU Penglihatan bagi semua lapisan, baik dari kanak-kanak seawal 5 tahun sehingga untuk orang dewasa. Laporan dari MABOPA (Persatuan Penerbit Buku Malaysia) sepanjang 5 tahun (2009-2013), terdapat lebih 250,000 judul buku celik BARU untuk bacaan setiap lapisan umur TETAPI tiada satu pun diantaranya dikeluarkan dalam format uni-kod Braille.
PPOBM mengambil tanggungjawab untuk menghasilkan buku Braille dengan usahasama pelbagai pihak termasuk dari ARKIB Negara, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), PTS Media Group (PTS) dan Pustaka Salam. Semua projek ini dikendalikan dibawah PROJEK INTELEKTUAL PPOBM.
Selain dari menghasilkan buku-buku yang dialih format dari versi asal, PPOBM juga menyediakan perkhidmatan kepada awam melalui ‘BRAILLE YOUR OWN and EMBOSS YOUR OWN’, iaitu semua OKU Penglihatan boleh menempah bahan bacaan yang mereka kehendaki (contoh seperti NOVEL atau BUKU RESEPI) dan dicetak dalam format Braille mengikut kesesuaian bajet masing-masing, PPOBM hanya mengenakan bayaran kos yang sangat minima bagi menggalakan literasi Braille dikalangan OKU Penglihatan.
BENGKEL DAN LATIHAN
Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PPOBM) mengambil pendekatan ‘penambah-baikkan berterusan’ ataupun ‘continous improvement’ bagi memastikan posisi komuniti OKU Penglihatan adalah selari dengan kemajuan pengetahuan, sosial, ekonomi, teknologi dan sebagainya didalam negara. Pelbagai jenis dan siri bengkel dan latihan telah dijalankan secara aktif dan yang sedang dirancang untuk OKU Penglihatan. Secara berkala setiap tahun, boleh lah disenaraikan seperti dibawah :-
– Kursus untuk kakitangan Kerajaan dan sektor Swasta
– Kursus Urut Tradisional
– Kursus Urut Refleksologi
– Kursus Urut Bidan dan Selepas Bersalin
– Kursus Urut dan Rukyah
– Kursus Keusahawanan
– Kursus Kesukarelawanan
– Kursus Komunikasi Berkesan
– Kursus Penambah-baikkan Imej Diri
Kesemua tarikh dan tempat kursus, boleh didapati dengan menghubungi pejabat dari masa ke semasa.
SILA HUBUNGI PEJABAT UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT TERPERINCI DAN LANJUT, UNTUK SUMBANGAN ATAU PEMBIAYAAN SILA KLIK BUTANG DI BAWAH
SUKAN DAN KEBAJIKAN
Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PPOBM) amat prihatin dengan kemajuan sukan untuk OKU Penglihatan di Malaysia. PPOBM pernah menyertai kejohanan GOALBALL peringkat Kebangsaan dengan menghantar satu pasukan lelaki dan satu pasukan wanita dimana pasukan lelaki telah berjaya menggondol naib johan dan ada diantara pemain-pemainnya telah mewakili negara bagi kejohanan antarabangsa. Disamping itu PPOBM juga pernah mengajurkan beberapa kejohanan bola FUTSAL untuk OKU Penglihatan namun kekangan kewangan menyebabkan keterbatasan untuk terus giat menganjurkan kejohanan yang bersesuaian.
PPOBM juga berhasrat untuk mempromosi secara besar-besaran mengenai SUKAN OKU PENGLIHATAN dimana ianya juga mampu mempromosi masyarakat aktif, cergas dan sihat sejajar dengan hasrat Kementerian Kesihatan Malaysia untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang sihat.
Disamping bidang Sukan, aktiviti Kebajikan juga terus diperkasakan dari masa ke semasa, hampir saban tahun PPOBM telah mengedarkan Daging Korban pada setiap Hari Raya Aidil Adha, setiap penerima akan dihubungi dan membuat pungutan daging korban di pejabat PPOBM. PPOBM juga sentiasa meneroka bidang kebajikan yang kritikal bagi keperluan OKU Penglihatan.
Diantara aktiviti Kebajikan yang popular dan lazim adalah pengedaran BUKU BRAILLE yang telah dicetak oleh PPOBM sendiri untuk manafaat OKU Penglihatan keseluruhannya di Malaysia.
Sebarang maklumat lanjut mengenai aktiviti sukan dan kebajikan, sila berhubung dengan pejabat PPOBM untuk maklumat yang lebih lanjut.
SILA HUBUNGI PEJABAT UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT TERPERINCI DAN LANJUT, UNTUK SUMBANGAN ATAU PEMBIAYAAN SILA KLIK BUTANG DI BAWAH