PPOBM.org.my

Logo PPOBM

EMAIL US AT

ppobmalaysiahq@gmail.com

CALL US NOW

+603 2274 1212

KKM dengan Kerjasama PPOBM memperkkenalkan Label Ubat Mesra OKU Penglihatan, dicetak dalam Braille

Presiden Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia Bersama Menteri Kesihatan di Majlis Pelancaran Label Ubat Mesra OKU
Presiden Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia Bersama Menteri Kesihatan di Majlis Pelancaran Label Ubat Mesra OKU

6 Januari 2023

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melancarkan inisiatif baharu, Label Ubat Mesra OKU Penglihatan yang dicetak dalam tulisan Braille.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, dengan adanya label itu, ia akan memudahkan orang kurang upaya (OKU) penglihatan mendapat maklumat yang bukan sahaja cepat tetapi tepat mengenai ubat dan preskripsi ke atasnya.

“Golongan OKU sentiasa menjadi kumpulan keutamaan bagi KKM. Kita sentiasa memikirkan kaedah-kaedah baharu bagi memudahkan dan membantu rakan-rakan OKU dalam mencapai perkhidmatan kesihatan yang terbaik.

“Buat permulaan, inisiatif ini akan dilaksanakan di 250 klinik kesihatan di seluruh negara yang akan memanfaatkan seramai 55,000 OKU Penglihatan,” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2023 KKM, di sini pada Jumaat.

Zaliha memberitahu, menerusi inisiatif itu, label ubat yang diberikan kepada pesakit OKU penglihatan akan mempunyai tulisan Braille.

“Ia adalah bagi menjelaskan cara pengambilan atau dos ubat (misalnya dua biji ubat, tiga kali sehari).

“Selain itu, label ini turut mempunyai indikasi ubat yang menerangkan kegunaan ubat (misalnya demam, batuk atau selesema),” katanya.

Beliau berkata, Malaysia merupakan antara negara terawal di Asia yang memperkenalkan label ubat yang mesra OKU penglihatan.

“Langkah ini selaras dengan matlamat di bawah Malaysian Patient Safety Goals 2.0 – Medication Safety: Medication Without Harm,” ujarnya lagi.

Sumber : Astro Awani, Berita Harian

Presiden Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia Bersama Menteri Kesihatan di Majlis Pelancaran Label Ubat Mesra OKU
OKU Penglihatan Bersama sampul ubat berlabel Braille mesra OKU Penglihatan
Label Mesra OKU Penglihatan

Berita Terkini

SUMBANGAN IKHLAS

Anda boleh menyalurkan sumbangan untuk Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PPOBM) melalui butiran yang tertera di bawah ini:

NAMA BANK : CIMB ISLAMIC BERHAD
NAMA AKAUN : PERTUBUHAN PEMBANGUNAN ORANG BUTA MALAYSIA
JENIS AKAUN : AKAUN SIMPANAN
NOMBOR AKAUN : 8009 3282 32

ATAU

NAMA BANK : MALAYAN BANKING BERHAD
NAMA AKAUN : SOCIETY FOR THE ADVANCEMENT OF THE BLIND
JENIS AKAUN : AKAUN SIMPANAN
NOMBOR AKAUN : 1070 6905 1030

Setiap sumbangan tertakluk di bawah pengecualian cukai pendapatan – subseksyen 44(6) Akta cukai pendapatan 1967. Rujukan : LHDN.01/35/42/51/179-6.6388.