Tentang Kami

Mewujudkan kesempatan saksama dan penyertaan sepenuh OKU Penglihatan dalam segala aspek masyarakat.

Matlamat

1. Matlamat Pertubuhan ialah mewujudkan kesempatan saksama dan penyertaan sepenuh OKU Penglihatan dalam segala aspek masyarakat.

Tujuan

2. Tujuan Pertubuhan ialah menyediakan sumber dan perkhidmatan bagi pembangunan sosio-ekonomi OKU Penglihatan di Malaysia khususnya:

Rasional Logo

1. Lambang Pertubuhan terdiri dari sebuah bahtera berwarna perang dengan lakaran tongkat putih di sisinya sedang berlayar di laut yang berwarna biru berserta latar belakang langitnya berwarna biru muda.

2. Bahtera melambangkan usaha berpandukan iman untuk mengatasi halangan dan rintangan yang dihadapi oleh OKU Penglihatan. Laut menggambarkan cabaran dan kesempatan dalam hidup. Manakala, tongkat putih menandakan Pertubuhan ini diterajui oleh OKU Penglihatan untuk membantu OKU Penglihatan menuju ke arah kecemerlangan.

KAKITANGAN PENGURUSAN TERKINI

Sila klik pada gambar untuk zoom