Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia

CALL US NOW +603 2274 1212

PERKHIDMATAN – Studio Jamming Muzik

STUDIO 'JAMMING' MUZIK

Memandangkan keterbatasan fizikal dan syer pasaran pekerjaan di Malaysia yang amat terhad kepada golongan OKU Penglihatan, tidak banyak pilihan yang boleh dilakukan untuk mencari nafkah dan pembinaan karier. Selain dari menjadi Operator Telefon, Juru Urut Refleksologi dan Guru Pendidikan Khas (kesemua turut bersaing dengan golongan celik), bermain muzik adalah sesuatu yang dapat mencetuskan peluang untuk memajukan diri OKU Penglihatan.

Ketika Kerajaan memberi kebenaran untuk membuat persembahan jalanan, aktiviti ‘busking’ telah memberi satu peluang terbuka yang baru bagi OKU Penglihatan yang berbakat didalam seni suara dan muzik. PPOBM telah mengambil inisiatif dengan mengadakan pusat latihan untuk golongan ini dengan mewujudkan sebuah studio muzik agar mereka mudah untuk membuat latihan dengan mengenakan bayaran yang sangat berpatutan.

PPOBM amat berbangga dengan kelahiran kumpulan CALIPH BUSKERS yang tergolong dari OKU Penglihatan turut sama memeriahkan industri muzik tanah air,  juga telah dua (2) kali menggondol anugerah di pusingan akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) anjuran TV3.
Kumpulan CALIPH BUSKERS juga telah menjadikan Studio ‘Jamming’ Muzik PPOBM sebagai tempat untuk mereka berlatih mahupun mencari idea-idea untuk berkarya. PPOBM berazam akan terus menyokong dan amat berharap akan lahir lebih ramai lagi penggiat muzik dikalangan OKU Penglihatan melalui Studio ‘Jamming’ Muzik PPOBM ini.

Kesemua maklumat lanjut dan tempahan studio, boleh didapati dengan menghubungi pejabat PPOBM.

SILA HUBUNGI PEJABAT UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT TERPERINCI DAN LANJUT, UNTUK SUMBANGAN ATAU PEMBIAYAAN SILA KLIK BUTANG DI BAWAH

FOTO ARTIS CALIPH BUSKERS MENERIMA HADIAH KEMENANGAN DI ANUGERAH JUARA LAGU

FOTO ARTIS CALIPH BUSKERS MENERIMA HADIAH KEMENANGAN DI ANUGERAH JUARA LAGU