Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia

CALL US NOW +603 2274 1212

PERKHIDMATAN – Sukan dan Kebajikan

SUKAN DAN KEBAJIKAN

Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PPOBM) amat prihatin dengan kemajuan sukan untuk OKU Penglihatan di Malaysia. PPOBM pernah menyertai kejohanan GOALBALL peringkat Kebangsaan dengan menghantar satu pasukan lelaki dan satu pasukan wanita dimana pasukan lelaki telah berjaya menggondol naib johan dan ada diantara pemain-pemainnya telah mewakili negara bagi kejohanan antarabangsa. Disamping itu PPOBM juga pernah mengajurkan beberapa kejohanan bola FUTSAL untuk OKU Penglihatan namun kekangan kewangan menyebabkan keterbatasan untuk terus giat menganjurkan kejohanan yang bersesuaian.

PPOBM juga berhasrat untuk mempromosi secara besar-besaran mengenai SUKAN OKU PENGLIHATAN dimana ianya juga mampu mempromosi masyarakat aktif, cergas dan sihat sejajar dengan hasrat Kementerian Kesihatan Malaysia untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang sihat.

Disamping bidang Sukan, aktiviti Kebajikan juga terus diperkasakan dari masa ke semasa, hampir saban tahun PPOBM telah mengedarkan Daging Korban pada setiap Hari Raya Aidil Adha, setiap penerima akan dihubungi dan membuat pungutan daging korban di pejabat PPOBM. PPOBM juga sentiasa meneroka bidang kebajikan yang kritikal bagi keperluan OKU Penglihatan.

Diantara aktiviti Kebajikan yang popular dan lazim adalah pengedaran BUKU BRAILLE yang telah dicetak oleh PPOBM sendiri untuk manafaat OKU Penglihatan keseluruhannya di Malaysia.

Sebarang maklumat lanjut mengenai aktiviti sukan dan kebajikan, sila berhubung dengan pejabat PPOBM untuk maklumat yang lebih lanjut.

SILA HUBUNGI PEJABAT UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT TERPERINCI DAN LANJUT, UNTUK SUMBANGAN ATAU PEMBIAYAAN SILA KLIK BUTANG DI BAWAH

FOTO DUA ORANG BUTA BERMAIN GOALBALL

FOTO DUA ORANG BUTA BERMAIN GOALBALL