Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia

CALL US NOW +603 2274 1212

PERKHIDMATAN – Perkhidmatan Penerbitan Buku Braille

PENERBITAN BUKU BRAILLE

Pusat penerbitan braille ini telah ditubuhkan pada tahun 2013 di atas sebab yang sangat mendesak iaitu ketiadaan bahan bacaan (bukan buku teks sekolah) untuk OKU Penglihatan bagi semua lapisan, baik dari kanak-kanak seawal 5 tahun sehingga untuk orang dewasa. Laporan dari MABOPA (Persatuan Penerbit Buku Malaysia) sepanjang 5 tahun (2009-2013), terdapat lebih 250,000 judul buku celik BARU untuk bacaan setiap lapisan umur TETAPI tiada satu pun diantaranya dikeluarkan dalam format uni-kod Braille.

 

PPOBM mengambil tanggungjawab untuk menghasilkan buku Braille dengan usahasama pelbagai pihak termasuk dari ARKIB Negara, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), PTS Media Group (PTS) dan Pustaka Salam. Semua projek ini dikendalikan dibawah PROJEK INTELEKTUAL PPOBM.

 

Selain dari menghasilkan buku-buku yang dialih format dari versi asal, PPOBM juga menyediakan perkhidmatan kepada awam melalui ‘BRAILLE YOUR OWN and EMBOSS YOUR OWN’, iaitu semua OKU Penglihatan boleh menempah bahan bacaan yang mereka kehendaki (contoh seperti NOVEL atau BUKU RESEPI) dan dicetak dalam format Braille mengikut kesesuaian bajet masing-masing, PPOBM hanya mengenakan bayaran kos yang sangat minima bagi menggalakan literasi Braille dikalangan OKU Penglihatan.

ALATAN, KELENGKAPAN DAN TENAGA PAKAR PUSAT BRAILLE

MESIN CETAK BRAILLE (EMBOSSER)

MESIN GAM BUKU, MESIN PEMOTONG DAN MESIN PENEBUK

PENTERJEMAH UNI-KOD BRAILLE

SILA HUBUNGI PEJABAT UNTUK MEDAPATKAN KATALOG PENERBITAN BUKU TERKINI, UNTUK SUMBANGAN ATAU PEMBIAYAAN SILA KLIK BUTANG DI BAWAH