Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia

CALL US NOW +603 2274 1212

MAJLIS SUMBANGAN AMBANG RAMADHAN OKU PENGLIHATAN

Presiden PPOBM, ditemani setiausaha menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima di pejabat PPOBM, Kuala Lumpur.
Foto menunjukkan, sebahagian daripada penerima sedang menunggu untuk menerima sumbangan.
Foto menunjukkan wakil PPOBM di Negeri Perlis menyampaikan sumbangan kepada salah seorang daripada 8 penerima di Negeri tersebut.

Foto menunjukkan wakil PPOBM di Negeri Kedah menyampaikan sumbangan kepada salah seorang daripada 5 penerima di Negeri tersebut.

Foto menunjukkan wakil PPOBM di Negeri Terengganu menyampaikan sumbangan kepada salah seorang daripada 5 penerima di Negeri tersebut.

Foto menunjukkan wakil PPOBM di Negeri Kelantan menyampaikan sumbangan kepada salah seorang daripada 5 penerima di Negeri tersebut.

(Sabtu, 4 Mei 2019)

Satu Majlis ringkas penyampaian sumbangan kepada golongan Asnaf OKU penglihatan telah diadakan di pejabat PPOBM di Brickfields Kuala Lumpur. Majlis penyampaian sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Presiden PPOBM, Encik Mohammad Huzaifah Ahmad dan disampaikan kepada 50 orang Asnaf OKU penglihatan yang tinggal di sekitar Lembah Kelang. Sumbangan dalam bentuk Baucar Tunai Pasaraya Mydin ini turut juga disampaikan kepada golongan Asnaf OKU penglihatan di beberapa Negeri di Wilayah Utara dan Pantai Timur melalui wakil PPOBM di sana.

Program ini,  bertujuan untuk meringankan sedikit beban golongan OKU penglihatan dalam membuat persediaan untuk menyambut bulan Ramadhan Al-mubarak yang akan tiba. Semoga dengan sumbangan yang diterima akan dapat memberikan sedikit keselesaan kepada mereka untuk menjalankan ibadah puasa dengan sempurna. Pihak PPOBM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para penderma yang sudi dan ikhlas kerana telah menyumbangkan sejumlah Dana bagi menjayakan program ini. Kami mendoakan semoga dengan jasa baik yang dihulurkan akan dibalas dengan rezeki yang berlipat kali ganda.