Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia

CALL US NOW +603 2274 1212

Majlis Penyerahan Buku Di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Alma Pulau Pinang

Penyerahan buku oleh presiden PPOBM kepada Guru Besar En.Hassan Basri.

Para pelajar OKU Penglihatan menunjukkan buku-buku yang diterima.

Pelajar-Pelajar sangat teruja membaca buku.

Setiausaha Pertubuhan, bersama dengan Para pelajar sedang membaca buku yang diterima.

 

Para pelajar sedang menyemak tajuk-tajuk buku yang telah diterima dengan gembira.

 

 

 

 

 

 

 

 

Pada 18 jun 2016 telah berlangsung Majlis Penyerahan Buku Bacaan Tambahan Untuk Kanak-Kanak Terbitan PPOBM Kepada Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Alma Di Pulau Pinang. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Guru Besar SKPK Alma iaitu cikgu Hasan B. Basri manakala pihak PPOBM pula diwakili oleh presiden PPOBM iaitu encik Mohammad Huzaifah B. Ahmad. Sebanyak tiga set buku kanak-kanak terbitan PPOBM telah diserahkan di mana terdapat sepuluh tajuk buku pada setiap set tersebut.

Buku terbitan PPOBM ini merupakan buku yang pertama di Malaysia yang mempunyai empat versi di dalam sebuah buku dan menggunakan kulit keras pada setiap buku tersebut. Empat versi yang dimaksudkan ialah versi braille, versi low vision (tulisan bersaiz besar), versi Bahasa melayu dan versi Bahasa inggeris.

Program penerbitan buku ini merupakan program yang bergantung sepenuhnya dana hasil sumbangan dari orang ramai bagi membiayai setiap kos penerbitan buku tersebut. Buku-buku yang telah di cetak akan diedarkan ke sekolah-sekolah pendidikan khas cacat penglihatan di seluruh Negara dan bergantung kepada permintaan dan keupayaan PPOBM. Sumbangan dari orang ramai masih lagi diperlukan bagi meneruskan program ini. Setiap sumbangan yang didermakan untuk program ini, kami dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Pihak PPOBM juga merakamkan ucapan terima kasih kepada PTS Media Groupe Sdn Bhd kerana telah bekerjasama dalam program penerbitan buku kanak-kanak ini dengan memberi kebenaran mencetak buku-buku keluaran mereka ke dalam versi braille.