Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia

CALL US NOW +603 2274 1212

Kursus Keyakinan Diri Dalam Komunikasi 2016

Foto berkumpulan di dalam Kursus Keyakinan Diri Dalam Komunikasi 2016

Foto berkumpulan di dalam Kursus Keyakinan Diri Dalam Komunikasi 2016

Selaras dengan saranan Kerajaan dan kehendak masyarakat untuk mendapat kualiti perkhidmatan awam yang tinggi, PPOBM meneruskan siri kursus peningkatan kualiti diri yang telah di adakan saban tahun. Bagi tahun ini, kursus bertajuk KEYAKINAN DIRI DALAM KOMUNIKASI telah diadakan. Kursus ini telah diadakan dari 11-13 April 2016 bertempat di Hotel Midah Kuala Lumpur.

Penyertaan kali ini turut disertai oleh kakitangan Kerajaan dari Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP), Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Kementerian Pertahanan, Universiti Malaya, Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPP), Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia, Perpustakaan Awam Pulau Pinang, Lembaga Pelabuhan Sabah, Jabatan Hal-Ehwal Wanita Sabah dan Bank Pembangunan Malaysia Berhad.

Kakitangan swasta dan NGO pula disertai oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad, Kumpulan Sime Darby, Opus Management Sdn. Bhd., Star Publication, Challenges Media, Hospital Pakar Damansara dan St. Nicholas Homes. 

Kursus yang diadakan sering kali mendapat perhatian dan banyak memberi input yang berguna untuk meningkatkan tahap perkhidmatan oleh pekerja. Kursus kali ini juga mendapat liputan khas oleh CAPITAL TV iaitu saluran dari HyppTv yang ke udara secara dokumentari selama 60 minit bersiaran. Pihak PPOBM amat menitik beratkan kualiti dan konten kursus agar bertepatan dengan kehendak pasaran dan majikan. Kursus anjuran PPOBM juga sentiasa mengawal-selia dan memastikan perjalanan kursus yang lancar dengan sokongan SUKARELAWAN yang lebih 5 tahun berpengalaman bersama PPOBM untuk membantu OKU Penglihatan ketika kursus berjalan.