PPOBM.org.my

Logo PPOBM

EMAIL US AT

ppobmalaysiahq@gmail.com

CALL US NOW

+603 2274 1212

Membantu

OKU Penglihatan

Mewujudkan kesempatan saksama dan penyertaan sepenuh OKU Penglihatan dalam segala aspek masyarakat.

Fakta Utama

Menjalani kehidupan sebagai seorang yang cacat penglihatan sangat berbeza bila dibandingkan dengan seseorang yang memiliki penglihatan yang sempurna, seluruh 24 jam kehidupan kami adalah ujian berat yang tiada perumpamaan sesuai dengan perkataan. Pergerakan seorang yang buta amat terbatas dan begitu juga dengan peluang mencari nafkah menyara keluarga yang seringkali amat memeritkan. Ini kerana tidak banyak peluang pekerjaan yang ditawarkan dan jika ada jumlahnya amatlah terhad, sertatiada istilah ‘pilihan’ kepada kami.

Mengikut laporan WORLD HEALTH ORGANISATION , terdapat lebih daripada 285 juta OKU Penglihatan di dunia ketika ini. Daripada jumlah tersebut, hanya lebih kurang 50,000 orang yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Malaysia, dan dipercayai 50,000 lagi belum berdaftar atas sebab-sebab tertentu.

Peratusan kecil yang berdaftar adalah disebabkan kurangnya kesedaran tentang adanya peluang-peluang yang boleh mereka ceburi dan usaha bagi memperbaiki situasi yang mereka hadapi. Sejumlah besar daripada mereka hanya mampu mengharapkan belas ehsan ahli keluarga dan orang ramai demi meneruskan hidup.

Satu kenyataan yang amat menyedihkan apabila hanya sejumlah kecil golongan ini sahaja yang mampu berdikari manakala ramai di antara mereka yang tidak mempunyai kemahiran dan terpaksa mengemis atau menjual tisu dari meja ke meja sebagai sumber rezeki.

Hakikatnya, seperti juga anda, setiap orang buta menginginkan hidup berdikari. Apa yang golongan ini harapkan adalah sedikit pemahaman, kesedaran, dan ehsan. Sesuatu yang anda mampu berikan. Ramai di antara mereka sebenarnya berkebolehan dan mampu melakukan kebaikan untuk diri mereka dan juga masyarakat amnya. Anda sebenarnya berupaya membantu mereka mencapai matlamat ini. Hanya dengan memahami keperluan mereka, dan menghulurkan sokongan dan bantuan kepada pertubuhan ini, anda bukan sahaja membantu seorang dua daripada mereka, tetapi sebaliknya membantu seluruh komuniti cacat penglihatan di negara ini.

Teruskan meneroka mengenai komuniti kami dan anda akan lebih memahami apa keperluan kritikal dan kehendak demi masa depan kami. Moga-moga anda dapat menghulurkan sedikit sokongan dan bantuan kewangan bertujuan merealisasikan wawasan ini. Atau mungkin, anda boleh menyebarkan tentang usaha PERTUBUHAN PEMBANGUNAN ORANG BUTA MALAYSIA ini kepada kalangan mereka yang cacat penglihatan. Ini mungkin menjadi tapak permulaan hubungan yang bermakna di antara anda dan kami.

Perkhidmatan Kami

PENERBITAN BUKU BRAILLE

PENERBITAN BUKU BRAILLE

Pusat penerbitan braille ini telah ditubuhkan pada tahun 2013 di atas sebab yang sangat mendesak iaitu ketiadaan bahan bacaan (bukan buku teks sekolah) untuk OKU Penglihatan bagi semua lapisan, baik dari kanak-kanak seawal 5 tahun sehingga untuk orang…

FOTO KETIKA KURSUS URUT UNTUK ORANG BUTA YANG DIADAKAN DI SEBUAH HOTEL KUALA LUMPUR

BENGKEL DAN LATIHAN

Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PPOBM) mengambil pendekatan ‘penambah-baikkan berterusan’ ataupun ‘continous improvement’ bagi memastikan posisi komuniti OKU Penglihatan adalah selari dengan kemajuan pengetahuan, sosial, ekonomi…

FOTO ARTIS CALIPH BUSKERS MENERIMA HADIAH KEMENANGAN DI ANUGERAH JUARA LAGU

SUKAN DAN KEBAJIKAN

Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PPOBM) amat prihatin dengan kemajuan sukan untuk OKU Penglihatan di Malaysia. PPOBM pernah menyertai kejohanan GOALBALL peringkat Kebangsaan dengan menghantar satu pasukan lelaki dan satu…

Berita Terkini

SUMBANGAN IKHLAS

Anda boleh menyalurkan sumbangan untuk Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PPOBM) melalui butiran yang tertera di bawah ini:

NAMA BANK : CIMB ISLAMIC BERHAD
NAMA AKAUN : PERTUBUHAN PEMBANGUNAN ORANG BUTA MALAYSIA
JENIS AKAUN : AKAUN SIMPANAN
NOMBOR AKAUN : 8009 3282 32

ATAU

NAMA BANK : MALAYAN BANKING BERHAD
NAMA AKAUN : SOCIETY FOR THE ADVANCEMENT OF THE BLIND
JENIS AKAUN : AKAUN SIMPANAN
NOMBOR AKAUN : 1070 6905 1030

Setiap sumbangan tertakluk di bawah pengecualian cukai pendapatan – subseksyen 44(6) Akta cukai pendapatan 1967. Rujukan : LHDN.01/35/42/51/179-6.6388.